Penubuhan syarikat PUM adalah bertujuan bukan semata-mata kepada ahli sahaja, malah kepada semua generasi masa kini. Objektif sebenar penubuhan syarikat ini adalah seperti berikut :-
- Menjadikan generasi muda bumiputera sebagai penyumbang utama kepada pertumbuhan ekonomi negara di masa hadapan.
- Memupuk nilai – nilai murni dalam diri masing-masing menerusi aktiviti perniagaan yang diusahakan.
- Memberi kepuasan, keselesaan dan kemudahan kepada semua warga SMK Bukit Gading dalam menguruskan tugas-tugas seharian menerusi pelbagai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat.
- Mendedahkan ilmu keusahawanan dan dunia korporat kepada generasi muda.
- Menjana minda generasi muda dalam menyelesaikan sebarang kesulitan dan merancang pelbagai aktiviti yang dalam perniagaan.
- Menjadi syarikat PUM PERMATA yang terbaik di peringkat negeri dan nasional
OBJEKTIF
Segala rancangan dan aktiviti syarikat yang hendak dilaksanakan perlu mendapat persetujuan daripada Ahli Lembaga Pengarah (ALP) dan Penasihat Korporat PUM.
- Setiap ahli yang tidak menjalankan tanggungjawab tanpa alasan yang munasabah ataupun tidak amanah dan jujur dalam aktiviti jualan akan disingkirkan dan pengembalian saham akan dilakukan.
- Memupuk semangat budaya keusahawanan dalam kalangan ahli syarikat.
- Bersatu dalam mencapai objektif syarikat bagi memantapkan prestasi syarikat.
- Setiap ahli syarikat mestilah jujur dan amanah dalam menjalankan tanggungjawab serta menjaga syarikat dengan sebaik - baiknya terutama yang melibatkan harta benda syarikat.
No comments:
Post a Comment