Wednesday 18 January 2012

Pembukaan PUM sesi 2012

Wajah baru PUM 2012 akan menjadi lebih baik pada tahun ini.
Walaupun baru beberapa hari beroperasi ,PUM sudah mendapat sambutan hangat dan pendapatan kami begitu memuaskan.
Doakan kami agar kami dapat memberikan perkhidmatan dan keluaran yang terbaik untuk anda semua.







 

Saturday 7 January 2012

Kenangan Terindah PUM 2011


     Kenangan terindah bersama PUM tidak akan kami lupakan. Terima kasih diucapkan kepada Puan Siti Endon Binti Mohd Dahlan , Pengetua juga Likuidator SMK Bukit Gading , guru - guru penasihat PUM , semua warga SMK Bukit Gading , PKNS , JPS dan semua organisasi yang bekerjasama menjayakan Program Usahawan Muda ini. 

    Pada kami , PUM adalah sebuah persatuan yang begitu hebat kerana aktiviti harian yang dilakukan dan program - program yang diadakan menjadi suatu pengalaman yang baru bagi ahli - ahlinya. Selain itu , program ini adalah satu permulaan bagi remaja kini untuk mereka mempelajari bidang keusahawanan. Berbekalkan ilmu dan pengalaman , ia dapat gunakan apabila mereka berada di dalam dunia perniagaan sebenar yang luas. 

     Insyaallah apabila kami dewasa kelak , kami juga akan dapat menyumbangkan sesuatu yang tidak ternilai untuk ISLAM , MELAYU dan MALAYSIA dalam bidang keusahawanan. 


Permata Gading Sdn Bhd , 2011
Menjana Transformasi Perniagaan

 

Ahli Pemegang Saham 2012

     PUM SMK Bukit Gading sedang mencari ahli baru bagi tahun 2012 yang akan mula beroperasi pada   1 Februari 2012. Penyertaan terhad kepada 25 orang pelajar dan hanya pelajar daripada kelas yang dipilih sahaja boleh menyertai persatuan ini.

Kelayakan
  • Pelajar tingkatan 4 dan 2 tahun 2012.
  • Cekap mengira dan mahir berkomunikasi.
Perlu sertakan (selepas menjadi ahli PUM) :
  • Salinan IC
  • Pembayaran - Saham = RM 10 Yuran = RM 2

     Kepada pelajar yang ingin menyertai , sila berjumpa dengan Puan Khadijah atau Puan Siti Esah untuk mendaftar. Pelajar yang ingin menyertai juga haruslah mempunyai buku simpanan akaun TABUNG HAJI (akaun simpanan bank lain juga diterima) bagi urusan kemasukan gaji.